Pages

Sunday, May 6, 2012

Penglibatan Koir Bersama Ahli-Ahli Baru dan Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua. Sejuk gila pagi nie sebab hujan lebat turun kat negeri Melaka nie. Dah lama melaka tak hujan turun macam nie.Lama gila aku tak update blog nie, Biasa la sibuk dengan macam2 aktiviti sejak tahun 3 kat UTeM. Emm.. Bercakap tentang tahun 3 kat UTeM, terfikir pulak pasal keaktifan ak dalam Kumpulan Koir UTeM nie. Kalau diikutkan dah lama dah aku terlibat dalam koir nie. Cuma masa tahun 3 nie kitorang betul2 aktif sebab ada cikgu.

Teringat lagi masa tahun 1 dulu, aktiviti pertama kumpulan koir nie dijemput untuk menyanyi masa perhimpunan kerajaan negeri melaka kat Dewan Seri Negeri. Masa tue dahla puasakan, agak mencabar diri sendiri betul sebab bukan boleh minum pown lepas nyanyi. Masa tue kitorang dikehendaki untuk menyanyi lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, dan disebabkan kitorang koir UTeM nyanyi kitorang dijemput untuk nyanyi lagu UTeMku Terbilang. Lagu UTeMku Terbilang nie la yang agak mencabar pada kous lagu dier. Tapi dah macam maner  dah ianya dicipta macam tue so kitorang nyanyi la.

Lepas tue pulak kitorng kene nyanyi lagu yang sama masa konvo yang ke-5 UTeM. Nyanyi lagu tue hanya pada awal majlis dengan masa tamat jer kan. Memang boring la kitorang kene tunggu kat Dewan Besar UTeM tue kan.

Masa masuk tahun 2 sem 1 pulak, kitorang dijemput untuk buat persembahan sempena Majlis Penutup MHS sesi 2010/2011. Masa nie persembahan solo untuk kumpulan koir nie lagu Warisan. Boring la lagu nie sebab mungkin kita selalu nyanyi kot. Kat bawah tue gambar masa kitorang nyanyi lagu warisan tue la. Masa nie takde konduktor sebab ada monitor speaker kat depan kitorang. Masa persembahan ke-2 la paling best sekali. Yerla maner tak nyer gabungan Kumpulan Orkestra, Ghazal ngan Koir Nyanyi lagu Pantun Budi. Ala lagu yang Tan Sri S. M. Salim nyanyi tue.Memang best tak terkata, tapi malang nyer, masalah teknikal banyak masa kitorang nyanyi tue. Untuk group koir diorang tak bagi mic. Macam maner la budak2 baru nak dengar kan? Tapi takpe barang yang lepas jangan dikenang. Hahahahah. Gambar tue dari depan kiri: Kim, Nisha, Dila, Puteri, Huda, Slviya, Aini, Ain, Zarith, Aina. Belakang dari kiri: Syed Yusuf, Nizam, Meme, Khalid, Akem (diri Sendiri).


Lepas tue kitorang senyap sampai la konvo kali ke-6. Masa nie dah start budak2 baru lagi. Boleh tahan ramai la jugak untuk event konvo tue. Lepas tue kitorang jugak terlibat masa event Majlis Pengistiharan Melaka Maju 2010, lagi la ramai kumpulan2 koir yang ada, dari Kastam la, cikgu2 sekolah la macam2 lagi la. Kitorang bergabung untuk koir tue best jugak. Tapi masa nie la koir Lim Kok Wing dah start popular tetapi mereka semua memang layak hebat jugak la diorg. sedikit gambar dari event.


aku. hahahahaha


aku, meme, shahdan n morris (Belakang)


aku, khalid n shahdan


Dalam senyap2 tue sebenar nyer aku merancang untuk mendapatkan jurulatih tetap la untuk kumpulan Koir UTeM nie. Last2, masa tahun 3 la baru kitorang dapat Jurulatih Tetap yang mantap la jugak. Nama cikgu tue Sabudin Omar korang klu nk tau gi la type kat fb tue. Nanti insyaallah keluar la muka dier. Masa sem 1 tue kitorang nyer aktiviti just konvo jer, sebab masa tuekan baru rekrut budak2 baru. Masa sem 2 la, sekarang nie Kumpulan Koir Kelab kebudayaan dan Warisan UTeM, bergabung dengan Kumpulan Koir Persatuan Mahasiswa Anak Sabah Sarawak UTeM menghasilkan 1 kumpulan yang mantap la jugak, Aktiviti pertama kitorang masa Kitorang bergabung dengan Kumpulan Koir 1 Malaysia LimKokWing University untuk event Selangkah Ke Universiti 2012. Event nie adalah event BAKTI dengan kerjasama KPT n KP untuk budak2 sekolah. Ada la jugak fasi2 dalam aktiviti nie aku tunjuk sikit la gambar diorang ek.



Sehari sebelum event berlangsung. masa nie waktu lepas latihan dengan budak2 limkok wing


nie masa lepas event, ramai yang dah balik masa nie...

Minggu depan nyer pulak kitorang mewakili UTeM untuk Pertandingan Koir Karnival Sukan IPT Melaka 2012. Masa nie latihan kitorang betul 3 hari jer. Tetapi berbekalkan semangat daripada semua ahli kitorang tekadkan jugak untuk masuk pertandigan tue. Masa nie ada 16 orang jer. Sedikit gambar.


dari kiri: claire, masnah, julie, azlina, dila, hairi, amin, aku, Frey (yg nyorok2 belakang aku), Nor, Deeba, Jerome, Yuhaniq
duduk: Anderias and Morris


Masa nie kitorang dikehendaki untuk meyampaikan dua lagu. Lagu wajib adalah lagu Melaka Maju Jaya pastu lagu ke-2 mula2 decide lagu Terlalu Istimewa - Adibah Noor (cadangan daripada En Zaini, Penolong Pegawai Kebudayaan) tetapi cikgu tak biasa dengan lagu tue, so cikgu cadangkan kita buat Medley lagu Jeritan Batinku, Terukir di Bintang - Yuna, and ketipak ketipong. Tengok la sendiri video kat bawah tue.


Alhamdulillah berbekalkan semangat yang jitu kitorang dapat tempat pertama yang membawa pulang pingat emas tue. Tetapi saingan kuat kitorang hari tue ialah Kolej Komuniti Bukit Beruang. Dasyat jugak la diorang nyer group. Diorang tempat ke-2 dan IPG Melaka tempat ke-3.


Bergambar dengan pingat Emas. Cikgu kitorang tue yang duduk bersila.
Nama nya Cikgu Sabudin Omar


Memang best la aktiviti sepanjang aku mengikuti aktiviti koir nie. Tetapi mesti la kan ada orang kuat di sebalik tabir yang sentiasa menyokong aku iaitu En Zaini dan juga En. Amir. Kalau tiada mereka sapa la kami nie.


Nie la En Zaini. nie gambar masa Spring Festival 2010


En Amir (dua dari kiri)
Masa nie Majlis Pelancaran Spring Festival 2012


Anyway, thanks kepada yang membaca post nie. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment