Pages

Sunday, May 6, 2012

Penglibatan Koir Bersama Ahli-Ahli Baru dan Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua. Sejuk gila pagi nie sebab hujan lebat turun kat negeri Melaka nie. Dah lama melaka tak hujan turun macam nie.Lama gila aku tak update blog nie, Biasa la sibuk dengan macam2 aktiviti sejak tahun 3 kat UTeM. Emm.. Bercakap tentang tahun 3 kat UTeM, terfikir pulak pasal keaktifan ak dalam Kumpulan Koir UTeM nie. Kalau diikutkan dah lama dah aku terlibat dalam koir nie. Cuma masa tahun 3 nie kitorang betul2 aktif sebab ada cikgu.

Teringat lagi masa tahun 1 dulu, aktiviti pertama kumpulan koir nie dijemput untuk menyanyi masa perhimpunan kerajaan negeri melaka kat Dewan Seri Negeri. Masa tue dahla puasakan, agak mencabar diri sendiri betul sebab bukan boleh minum pown lepas nyanyi. Masa tue kitorang dikehendaki untuk menyanyi lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, dan disebabkan kitorang koir UTeM nyanyi kitorang dijemput untuk nyanyi lagu UTeMku Terbilang. Lagu UTeMku Terbilang nie la yang agak mencabar pada kous lagu dier. Tapi dah macam maner  dah ianya dicipta macam tue so kitorang nyanyi la.

Lepas tue pulak kitorng kene nyanyi lagu yang sama masa konvo yang ke-5 UTeM. Nyanyi lagu tue hanya pada awal majlis dengan masa tamat jer kan. Memang boring la kitorang kene tunggu kat Dewan Besar UTeM tue kan.

Masa masuk tahun 2 sem 1 pulak, kitorang dijemput untuk buat persembahan sempena Majlis Penutup MHS sesi 2010/2011. Masa nie persembahan solo untuk kumpulan koir nie lagu Warisan. Boring la lagu nie sebab mungkin kita selalu nyanyi kot. Kat bawah tue gambar masa kitorang nyanyi lagu warisan tue la. Masa nie takde konduktor sebab ada monitor speaker kat depan kitorang. Masa persembahan ke-2 la paling best sekali. Yerla maner tak nyer gabungan Kumpulan Orkestra, Ghazal ngan Koir Nyanyi lagu Pantun Budi. Ala lagu yang Tan Sri S. M. Salim nyanyi tue.Memang best tak terkata, tapi malang nyer, masalah teknikal banyak masa kitorang nyanyi tue. Untuk group koir diorang tak bagi mic. Macam maner la budak2 baru nak dengar kan? Tapi takpe barang yang lepas jangan dikenang. Hahahahah. Gambar tue dari depan kiri: Kim, Nisha, Dila, Puteri, Huda, Slviya, Aini, Ain, Zarith, Aina. Belakang dari kiri: Syed Yusuf, Nizam, Meme, Khalid, Akem (diri Sendiri).


Lepas tue kitorang senyap sampai la konvo kali ke-6. Masa nie dah start budak2 baru lagi. Boleh tahan ramai la jugak untuk event konvo tue. Lepas tue kitorang jugak terlibat masa event Majlis Pengistiharan Melaka Maju 2010, lagi la ramai kumpulan2 koir yang ada, dari Kastam la, cikgu2 sekolah la macam2 lagi la. Kitorang bergabung untuk koir tue best jugak. Tapi masa nie la koir Lim Kok Wing dah start popular tetapi mereka semua memang layak hebat jugak la diorg. sedikit gambar dari event.


aku. hahahahaha


aku, meme, shahdan n morris (Belakang)


aku, khalid n shahdan


Dalam senyap2 tue sebenar nyer aku merancang untuk mendapatkan jurulatih tetap la untuk kumpulan Koir UTeM nie. Last2, masa tahun 3 la baru kitorang dapat Jurulatih Tetap yang mantap la jugak. Nama cikgu tue Sabudin Omar korang klu nk tau gi la type kat fb tue. Nanti insyaallah keluar la muka dier. Masa sem 1 tue kitorang nyer aktiviti just konvo jer, sebab masa tuekan baru rekrut budak2 baru. Masa sem 2 la, sekarang nie Kumpulan Koir Kelab kebudayaan dan Warisan UTeM, bergabung dengan Kumpulan Koir Persatuan Mahasiswa Anak Sabah Sarawak UTeM menghasilkan 1 kumpulan yang mantap la jugak, Aktiviti pertama kitorang masa Kitorang bergabung dengan Kumpulan Koir 1 Malaysia LimKokWing University untuk event Selangkah Ke Universiti 2012. Event nie adalah event BAKTI dengan kerjasama KPT n KP untuk budak2 sekolah. Ada la jugak fasi2 dalam aktiviti nie aku tunjuk sikit la gambar diorang ek.



Sehari sebelum event berlangsung. masa nie waktu lepas latihan dengan budak2 limkok wing


nie masa lepas event, ramai yang dah balik masa nie...

Minggu depan nyer pulak kitorang mewakili UTeM untuk Pertandingan Koir Karnival Sukan IPT Melaka 2012. Masa nie latihan kitorang betul 3 hari jer. Tetapi berbekalkan semangat daripada semua ahli kitorang tekadkan jugak untuk masuk pertandigan tue. Masa nie ada 16 orang jer. Sedikit gambar.


dari kiri: claire, masnah, julie, azlina, dila, hairi, amin, aku, Frey (yg nyorok2 belakang aku), Nor, Deeba, Jerome, Yuhaniq
duduk: Anderias and Morris


Masa nie kitorang dikehendaki untuk meyampaikan dua lagu. Lagu wajib adalah lagu Melaka Maju Jaya pastu lagu ke-2 mula2 decide lagu Terlalu Istimewa - Adibah Noor (cadangan daripada En Zaini, Penolong Pegawai Kebudayaan) tetapi cikgu tak biasa dengan lagu tue, so cikgu cadangkan kita buat Medley lagu Jeritan Batinku, Terukir di Bintang - Yuna, and ketipak ketipong. Tengok la sendiri video kat bawah tue.


Alhamdulillah berbekalkan semangat yang jitu kitorang dapat tempat pertama yang membawa pulang pingat emas tue. Tetapi saingan kuat kitorang hari tue ialah Kolej Komuniti Bukit Beruang. Dasyat jugak la diorang nyer group. Diorang tempat ke-2 dan IPG Melaka tempat ke-3.


Bergambar dengan pingat Emas. Cikgu kitorang tue yang duduk bersila.
Nama nya Cikgu Sabudin Omar


Memang best la aktiviti sepanjang aku mengikuti aktiviti koir nie. Tetapi mesti la kan ada orang kuat di sebalik tabir yang sentiasa menyokong aku iaitu En Zaini dan juga En. Amir. Kalau tiada mereka sapa la kami nie.


Nie la En Zaini. nie gambar masa Spring Festival 2010


En Amir (dua dari kiri)
Masa nie Majlis Pelancaran Spring Festival 2012


Anyway, thanks kepada yang membaca post nie. Sekian terima kasih.

Monday, July 18, 2011

Alahai la Dunia...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lamer jugak la aku tak post entry baru. So hari nie aku nk entri pasal organisasi yang tidak effective. Keretakkan sesuatu organisasi ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi nyer. Entah la aku pown tak tau nk luahkan kat sape2 pasal nie tapi aku akur aper pown diorang nyer persektif. Entah la korang klu korang baca entry nie anggap la nie luahan hati aku.

Firstly, klu dalam organisasi tue mempunyai AJK yang tidak kukuh dan tidak effective untuk mentadbir organisasi tue sendiri. Aper yang korang rasa biler kiter wat sesuatu event tapi tiada orang yang endahkan nyer. Contoh nyer la, biler korang wat kenduri takde orang datang. Aper yang korang rasa, klu kiter bersangka baik boleh la kiter anggap diorang ada hal lain yang tak dapat diorang elakkan untuk selesaikan hari nie. Tapi biler kiter contact diorg takde khabar berita, tiada diangkat phone nyer, tiada aper reaction pown dari orang tue aper pulak yang korang nak sangkakan? Salah aku kah sebab event yang diuar-uarkan tue tak jadi. Salah aku kah diorang potong bajet event aku untuk purpose lain? Salah aku ker? Salah aku ker huh?....

Entah la aku pown tak tau nak salah kan sape. Faktor ke-2, yang aku pasti mesti dari orang atasan tue sendiri. Sebab yang suka batal2kan event nie dari pihak diorang, aku dapat tau pown last2 minutes sebab aku dapat tau dari pegawai yang bertanggungjawab lagi 2 hari lagi event tue nak mula. Salah aku ker? Salah ker aku nie? Entah la. Aku pown tak tau aper yang korang fikirkan. Korang pwernah cuba faham situasi aku, cube dengar aper yang aku belum cerita kat korang. Bertindak hanya menggunakan emosi sahaja cube la pakai kepala otak yang tuhan berikan kat korang tue dengan sempurna. Ingat, setiap kejadian ada hikmah nyer. Nie melulu jer.

Jangan la korang suka bertindak menggunakan emosi sahaja. Kalau berterusan macam tue, buruk padah nyer kelak. Jangan lah mengadu domba sahaja, kerana tuhan tidak suka orang yang suka merungut aper pon pemberian nyer. Aku redho dan akaur aper pown ujian yang menimpa aku. Sebab ujian yang datang dari tuhan ada tanda tuhan masih ingatkan kiter.

Tue jer la akot aku rasa yang ada dalam hati nie. Aku teruskan lagi entry makin ramai yang terasa. Aku pown tak tau la kenapa diorg orang yang macam nie suka bertindak menggunakan emosi sahaja. Aku tak abeh cerita lagi poon dier dah tak nk percaya aku.

Take care,
Yang Benar,
Insan yang teraniaya.

Wednesday, June 29, 2011

Komunikasi Berkesan: Cubalah Jadi Pendengar Yang Baik!...


Tidak dinafikan semua orang mahu bercakap. Bercakap tentang diri diorang, sekeliling diorang, sembang2 kosong, pasal bola la, pasal gosip terbaru lah dan macam2 lagi lah yang diorang nak cakap. Semua benda tue dapat dilakukan dengan jayanya. Tapi tak semua orang berjaya menjadi pendengar yang baik. Yer la pendengar yang baik. Korang tau tak menjadi pendengar yang baik adalah salah satu skill yang (bak kata korang) terpaling penting skali dalam komunikasi berkesan.

Aku bercakap tentang nie sebab semua orang nak cakap. Bercakap ya
ng kadang korang sampai dah muak dah dengar sampai berlaku pergaduhan. Cubelah korang tengok zaman sekarang nie. kenapa makin ramai orang yang bercerai, kenapa orang sekarang makin banyak musuh? Sebab diorang failed jadi seorang pendengar yang baik. Kepada yang sudah berpasangan, cube korang dengar cerita, masalah daripada pasangan anda daripada mencela, memang tidak dinafikan sometimes susah. Untuk mengatasi nya, korang kene la belajar seni menjadi pendengar yang baik daripada orang lain.
Skill pertama yang korang mesti ada ialah memberi perhatian yang secukup nyer.Kalau boleh masa seseorang tue tengah bercakap, cube elakkan anda bermain dengan fikiran korang. Perbuatan korang tue akan menyebabkan korang kurang mendengarkan aper yang orang tue cakap. Cube fokus terhadap aper yang cube disampaikan oleh orang tue. Tak ramai orang yang berjaya terhadap skill pertama nie. Kalau tak percaya cube korang jeling2
sket masa kat sekeliling korang masa ada sesi lecture. Mesti ada yang terlentok la, sembang2 ngan member sebelah lah yang kadang2 orang yang memberi sesi tue sampai bosan nak sampaikan aper yang perlu dier sampaikan. So, nak tak korang mesti cube lakukan skill pertama nie.

Skill kedua yang wajib korang ada ialah tataplah mata kepada orang yang menyampaikan. Pernah tak korang rasa orang yang elak "eye-contact" dengan korang masa korang bercakap. Aper yang korang rasa? Mesti korang rasa sesedap siakap 3 rasa sakit hati kan? Lagi2 kalau korang nak meyampaikan sesuatu yang sangat penting. So, solution nyer kalau boleh masa orang bercakap tue tataplah mata diorang tue. Bukan nyer dier mengharapkan selautan emas pun kat korang kan?... Lagi2 kalau orang tue bermasalah, kalau korang wat "eye-contact" ngan orang tue mesti dier rasa selasa dan membuka hati untuk memberitahu aper masalah diorang sebenar nyer.

Skill ketiga yang mesti korang ada ialah jangan mencelah masa orang tue bercakap.Perbuatan mencelah nie korang kene hentikan lagi2 la kalau korang tengah ada konflik. Perbuatan mencelah korang akan lagi mengerohkan keadaan yang sedia ada, sebab aper? Sebab mesti korang rasa yang diri korang nie tak bersalah, tapi hakikat nyer untuk mengelakkan peperangan yang lebih besar, cube korang jadi orang yang hormat aper orang tue cuba sampaikan. Baru la korang mula analisis aper yang dier cakap, then kumpul semua point yang korang patut sampaikan baru la korang sampaikan kepada insan itu. Tapi jangan la pangkah dier kaw2 macam kopi kapal api sampai naik balik darah dier dan buat konflik tue meletop macam bom atom yang Hiroshima ngan Nagasaki kene. So, main point aku kat sini korang kene la respect orang tue seada nya semasa diorg tengah sampaikan aper yang diorg pendam ok?...

Skill keempat yang korang kene ada ialah cube perhatikan body language dan dengarkan intonasi percakapan nyer. Bagi yang dah berpasangan, selalu nyer mereka ini akan cube meyembunyikan emosi nyer. Untuk itu cube perhatikan intonasi nyer ketika mereka sedang berbicara dan bahasa tubuh nyer. Dengan perbuatan ini, korang boleh dapatkan point2 yang sepatut nyer dan boleh tau aper yang mengganggu pikiran diorang. Then, korang mesti akan faham situasi dan tau bagaimana cara menghadapi nyer. Dalam menghadapi nyer korang kene lah ada pikiran dan hati, jangan la bertindak mengikut emosi sahaja ok?...

Skill kelima yang korang kene ada ialah cube terima kesalahan. Dengan mengakui dan menerima kesalahan korang akan dapat memecahkan masalah dan permudahkan nyer kepada satu jalan. Perbuatan nie akan memberi effect yang baik, baik untuk korang dan insan tue. For instance, korang boleh mengatakan kepada insan tue bahawa korang dengar dan memahami yang disampaikan lantas perkara nie akan membuatkan insan tue rasa tenteram untuk hati nyer dan membuatkan nyer berasa lebih baik walaupun kenyataan nyer korang belum jumpa jalan penyelesaian nyer atas masalah yang dihadapi nyer. Yang pasti, secara tidak langsung diorang akan menumpahkan perasaan diorang kepada korang yang boleh melegakan nyer.

And last but not least, skill yang korang kene ada ialah mengurangkan perasaan korang yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Jika diorang dalam keadaan yang emosi dan marah, paling tidak pun perbuatan korang nie dapat melegakan dan mampu mengangkat beban dibahu nyer. Tapi kalau keadaan tidak mengizinkan, kalau boleh jangan la paksi diorang untuk bercerita sebab dengan paksaan tak pasal2 kang korang yang 'mendapat'.

Memang aku tak nafikan, untuk jadi pendengar yang baik adalah sangat susah. Nak develop sikaf Pendengar yang Baik memang memerlukan kesabaran yang tinggi selain dari perasaan dan seni. Jangan tak tau menjadi pendengar yang baik pown satu seni. Ianya perlu dalam menjaga keharmonian sejagat dan the most important thing is do not give up tau u guys. Ok lah sampai sini jer lah aku membebel kang korang tak lalu nak membaca pulakkan? Ok bye....

Thursday, June 23, 2011

Lagu 1 Malaysia Yang Penuh Makna


Ciptaan: Universiti Lim Kok Wing

Lirik Lagu:

Dunia kian berubah,
Perubahan melingkari,
Melaksana hasrat hati,
Kejayaan terbukti.

Dunia yang megah,
Dengan misi yang gagah,
Kerana perpaduan,
Kita masih bersama.

Kita satu bangsa,
Kita satu negara,
Kita satu matlamat, oh...
Kita satu bangsa, satu negara,
Kita satu Malaysia.

Bermulanya sekarang,
Perjalanan dilaksana,
Seia sekata,
Sehati dan sejiwa.

Membina masa hadapan,
Menuju kejayaan,
Kita semua rakyat Malaysia,
Harmoni saling menghormati.

Kita satu bangsa,
Kita satu negara,
Kita satu matlamat, oh...
Kita satu bangsa, satu negara,
Kita satu Malaysia.

Kita satu bangsa,
Kita satu negara,
Kita satu matlamat, oh...
Kita satu bangsa, satu negara,
Kita satu Malaysia.


Aku kagum giler dengan lirik yang dihasilkan oleh mereka sebab sangat bermakna. Lagu nie melambangkan keperluan sifat dan akhlak yang betul dalam membina kejayaan. Selain itu, lagu nie jugak memberi kata-kata semangat unutk korang. Serius sumber inspirasi la senang citer bagi orang yang betul2 menghayati lirik ini. Terima kasih kepada pihak yang menghasilkan lagu nie.

Monday, June 20, 2011

Apakah signifikan nyer hipokrasi dalam zaman sekarang...


Hai kawan2 semua. Harap korang sihat2 belaka. Menarik kan aku punyer tajuk kali nie. Ala nie pown sebab aku terfikir nk wat topic nie. Huhuhu. Ok lah aku start lah discussion pasal topic nie.

Hipokrasi. Hipokrasi yang didefinisikan dari wikipedia ialah keadaan yang berpura-pura mempunyai kepercayaan, pendapat, nilai, perasaan, sifat dan standard yang sesuatu atau seseorang yang sebenarnya tidak ada. Hipokrasi melibatkan penipuan orang lain, dalam erti kata lain sejenis dusta. Korang faham tak aper yang aku tulis kat atas?.... Kalau tak faham baca kali ke-2 ok?.

Ok lah bagi aku hipokrasi nie adalah dimana aper jua kiter punyer tingkah laku atau perasaan yang kiter sendiri wujudkan untuk berpura-pura dalam sesuatu keadaan yang perlu. Cube la korang fikirkan sendiri la. Pernah tak korang benci orang tue kerana perangai dan sifat nyer macam harem bagus jer dan orang tue selalu fikir dier lah orang yang dier lah orang yang terbaik tapi hakikat nyer dier adalah oarnag yang paling orang sekeliling benci, tapi dalam menjaga hubungan sesama islam atau hubungan kawan korang berbaik-baik jugak dengan orang tue tapi dalam hati ada sifat benci. Ada kan?. Ala mesti ada punyer. Nie la satu keadaan dimana wujud nyer perasaan hipokrit tue. Tapi keadaan yang aku berikan adalah satu keadaan yang di sebut sebagai 'Taqiyyah'.

Korang mesti tertanya-tanya aper la 'Taqiyyah' nie kan?. 'Taqiyyah' bermaksud perlindungan dengan maksud bahawa seseorang itu melindungi keselamatan dan kehormatan diri dan hartanya daripada bahaya musuh dengan meyembunyikan sesuatu dan melahirkan apa yang berlain dengan hakikat yang tersembunyi dalam hati. Dengan erti kata lain 'Taqiyyah' ialah tindakan berpura-pura atau hipokrit dalam keadaan terpaksa (WikiPedia). Panjang nyer la kan?.

Kekadang perbuatan nie kita lakukan secara tidak sedar. For instance, bila seseorang tue kan depan korang puji dier la, ampu dier la, macam2 la tapi biler kat belakang hilang jer orang tue dari pandangan korang, korang kutuk2 dier kan? Ala korang mesti ada experience nie. Sape yang takde? Angkat la tangan korang tinggi2 bagi korang punyer ketiak yang masham tue boleh dihidu oleh semua orang. Even sometimes, korang mesti lagi bagus kan daripada mangsa umpatan korang tue. Hahahaha.

Cube korang berfikir jauh sket la, hidup nie ibarat roda yang berputar, kekadang dibawah, kekadang diatas cuma masa dan ketika nyer Tuhan saja yang tau, sebab qada' dan qadar korang kan dah ditulis. Nasihat aku kat korang2 yang macam nie. Fikir dulu sebelum bercakap dan jangan bertindak dengan emosi sahaja. Kepada mangsa yang selalu diumpat, benda yang sebaik-baik nyer adalah korang diam jer sebab biler korang mula bercakap lagi galak la korang kene umpat. Ok?..

Jauh jugak aku meyimpang kesitu, salah kupas pulak yer. Bukan aper kadang2 aku benci orang yang perangai seperti di atas. Kalau niat korang baik, hanya untuk megekalkan persaudaraan takpe. Nie sampai pangkah2 orang nie aper citerkan? Ok lah. Aku malas citer lebih, kang keluar lagu cinta kristal pulak.

Back to the point, perasaan atau perbuatan hipokrit biler diamalkan korang pun tak rasa. Kiter rasa marah yang membuak-buak biler kiter dipanggil hipokrit. Tapi cube korang renungkan jauh2 dulu. Cermin diri sendiri tue. Fikir masak2 kenapa orang panggil hipokrit. Tapi kadang2 orang yang panggil korang hipokrit tue tak sedar yang sebenar nyer dier pun under perasaan yang macam tue. Kalau tak nak jadi hipokrit, baik korang diam jer. Tapi kalau diam jer, cemana nak selesaikan masalah. Nak bincang ngan saper? Nak cakap ngan saper? Kalau simpan dalam hati jer bahaya, mungkin boleh membawa bunuh diri. Nak tak nak, kene luahkan jugak la kan?. Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan samada kerana usia atau pangkat. Anas r.a, pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'Diam', usah gusar dilabel sebagai 'Manusia Yang PenDiam'.

Tapi hipokrit nie jugak berguna kadang2. Kadang2 kiter terpaksa jadi hipokrit untuk jadikan diri kiter lebih baik dari yang sebelum nyer. Hipokrit juga kadang2 mengajar kiter erti hidup kat dunia yang semakin maju dek pembangunan yang semakin hebat dilakukan oleh manusia. Aku sangat kagum dengan orang yang boleh survive dengan orang yang boleh tahan dengan penangan yang buruk dari sekeliling. Sebab orang yang macam nie akan mebina suatu peribadi yang paling hebat iaitu tabah. Manusia yang tabah la paling aku kagumi dalam hidup aku zaman sekarang. Dengan apa jua rintangan orang yang macam nielah yang boleh hidup dimana-mana dalam seantero dunia pun mahu survive.

Ok lah kot. Aku rasa topic yang aku bincang nie dah panjang sangat. Nanti la aku tambah lagi. Pesanan aku kat korang, kalau korang tak nak diri korang diumpat, jangan la kiter umpat orang lain dengan orang2 lain. Kalau tak nak kene kutuk, korang jangan la kutuk orang. Hidup ibarat roda n yang paling penting sekali aku suka kenyataan nie, "Bukan susah nak susah, Bukan senang nak senang". Kalau nk senang kene kene la banyak berusaha kan. Ok lah, see u'll next time. Assalamualaikum. Peace yaw! :-p

Monday, June 13, 2011

Why men so hard to say apologize?...


Semasa lena dibuai mimpi yang indah dibawah sinaran bulan tiba2 tadi aku terbangun dek kerana bunyi alarm aku yang kuat sangat bak dentuman petir meyambar. Ele. Poyo nyer ayat aku. Anyway, aku terbangun tadi terus ada idea nak menulis entri nie. So, let start the advanture with me as the nakhoda topic nie.

Kaum lelaki sukar untuk melafazkan kemaafan berbanding wanita. Kenapa yer?. Ada orang cakap lelaki nie keras hati la, kadang2 tak sedar diri la dan lain2. Hakikat nyer lelaki yang sukar melafazkan maaf lebih2 lagi kalau buat salah terhadap couple korang ker, pasangan korang ker atau aper jua istilah yang sama waktu dengan nyer walaupun kenyataan ini diragui oleh pihak lelaki. Jom kiter tengok aper sebab utama yang menyebabkan kitorang begitu.

Mempunyai Ego Yang Sangat Tinggi

It's all about ego. Lelaki yang ada ego yang tinggi selalu nyer mempunyai habit kesukaran untuk meminta maaf walaupun diorang nie memang bersalah. Diorang nie lebih mementingkan maruah sendiri daripada menjatuhkan air muka diorang lagi2 kalau nak ucapkan kemaafan. Memang tak heran lah kan diorang lebih mementingkan ego diorang more until so willing to dispense thier own partner's heart.

Menunjukkan Kelemahan Diri Sendiri

Selain itu, melontarkan kemaafan bagi diorang adalah salah satu cara menunjukkan kelemahan diri sendiri secara terangan. Sama jer dengan alasan yang ada hubung kait dengan persepsi sebab ianya akan menunjukkan kelemahan diri sendiri depan lawan nyer, tak kesah la awek korang ker, kawan2 korang ker, even aku sendiri kadang2 malu nk mintak maaf ngan parent sendiri, dengan bahasa yang mudah selalu lelaki akan cube mengelakkan sbb bagi sesetengah lelaki macam menurunkan harga diri diorg, korang mesti cube faham sikap macam nie lagi2 kalau nak jinjang pelamin. Huhuhu.

Tindakkan Berbicara Lagi Jelas Daripada Kata2

Cube mengelak dari memohan kemaafan secara terbuka, segelintir orang lelaki nie mengambil tindakkan meminta maaf melalui perlakuan atau pun dengan perbuatan. For instance, doing surprise kepada orang yang mahu mereka memohan maaf dari nya. Bagi coklat ker, bunga ker, bagi aper2 la. Ini la cara diorang meluhurkan kesalahan yang mereka lakukan. Bagi diorang, dengan cara ini lebih mudah la dari berkata2.

Tidak Suka Mengaku Kesalahan

Sebilangan lelaki menganggap bahawa kesalahan adalah inability. Kalau golongan wanita mengakui kesalahan kepada lelaki dengan meminta maaf dan mengaku kesalahan nyer, orang lelaki ada vice versa nyer. Dah lah susah nak mintak maaf, kadang2 diorang nie kasar dan tidak mengaku kesalahan sendiri.

Aku buat entry nie untuk segelintir lelaki yang terlalu sukar nak melafazkan maaf. Yer la kan orang cakap kadang2 lelaki nie ego kan? Tapi lelaki nie ada juga dier nyer sweetness, romantic, hati mulia, lebih banyak berdiam diri dari bercakap kosong dan sebagai nyer. Korang tunggu la nanti aku kupas pasal lelaki yang macam nie pulak ok?...

P/S: Selamat Hari Bapa kepada Bapa ku. Semoga panjang umur murah rezeki.
Yang belah kanan tue la bapak aku. yang kiri mak aku dan yang tengah tue my sister.

Hope korang enjoy aku nyer entri. Have a happy day :-)

Sunday, June 12, 2011

Permulaan Semula...

Lamer sangat rasanya aku tak menulis blog nie. Yer la aku nie bukan pandai nak mencarut mengarut macam orang lain. Tapi aku cube gak nak mengarut jugak. Hehehe. See apa yang aku tengah mengarut nie hahaha...

"Permulaan Semula..." Tajuk macam gempak jer tapi entah aper2 yang aku tulis nie hahaha...
Permulaan semula nie adalah merujuk aku cube menulis blog balik yer, bukan aku baru lepas clash ker, patah hati ker, aper pown jua takde kene mengena dengan entri nie ok!....

Back to the point, sekarang nie aku dalam short sem, Latihan Industri la. Engineering Accreditation Council Malaysia, (EAC) la buat format baru untuk LI kitorang kat Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM. Buat pengetahuan korang, aku memang suke sebut nama U aku nie panjang2 lagi kat orang yang dah berumur 30 ke atas. Yer la kadang2 tue diorg bukan tau UTeM tue aper, kat maner la, ada kos aper la. Anyway, aku buat first choice nk datang sini masa isi UPU arie tue. Huhuhu.

Bercakap pasal LI, sekarang nie kitorg tengah LI bahagian 1, EAC bahagi kitorg nyer LI kepada 2 bahagian, Bahagian I ada sepuluh minggu. Yang Bahagian II 12 minggu. Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UTeM, Kitorang bermula di Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), kat sini kitorang belajar guna 2 software, MultiSim ngan Proteous. Multisim kitorang ada yang dah biasa guna la, tapi part guna software proteous the most exciting one 'cos for the first time we were using it. Memang seronok giler la. Belajar PCB Design, aku nie batak sket kalau ada cool software. Kalau sape dah minat, mesti la beronok-ronok la kan huhuhu. Hari ke-3 kitorang kat FKEKK tue cuma ada Demo jer la wat full PCB kat Copper board macam maner. Diorang cakap biar la at least kitorang dapat gambaran macam maner nak buat kalau masa zaman keje nnt kene wat.

Then, lepas FKEKK kitorang ke Fakulti Teknologi Maklumat dan Kominikasi (FTMK). Kat sini pown kitorang belajar guna software, Adobe DreamWeaver, mula2 excited aku belajar menatang nie tapi dapat lecturer yang sangat strict kan. Mesti la awok nie jadi resah. Hari pertama kat sini kitorang ada lecture pasal software nie n then kitorng di ajar secara basic on how to use this software sampai la evening session. Keesokkan hari nyer, kitorang di minta oleh En Najwan tue supaya pilih tajuk berkenaan dengan section Sport ngan Music. Group aku kene pilih tajuk dalam field Sport. Aku pown berdialog dengan seronoknyer bermonolong dengan diri sendiri, aku maner la suke wat sport2 nie. Bola sepak pown tak reti main macam maner la aku nk ulas pasal nie. Suddenly, aku terfikir ngan member2 aku la, Lia Asmira, ngan Loo Xiang Yi, mula2 aku cakap ngan diorng nak wat pasal snowboarding. Tiba2 idea meletup dari Xiang Yi cakap kalau kiter wat pasal 'Winter Sports'. So kitorg dah decide kiter wat pasal Iceskating, Skiing, Snowboarding n Bobsleigh. Korang nak tau cube2 la search kat tenet tue. Huhuhu. Then hari ke-3 kitorang diminta untuk wat presentation.

Selepas di FTMK, kitorang mula kan modul yang baru di Fakulti Pengurusan Teknologi & Teknousahawan (FPTT). Kat sini kitorg belajar pasal Project Management. Hari first for my group dimulakan dengan theory of Project Management oleh Pn. Juhaini Johar. Macam2 la kitorang diberi briefing. Then, second day the most favorite of the activity is kitorang belajar menggunakan Microsoft Project 2007. Kitorng diajar untuk buat milestone dalam pembuatan Project Management. Lepas tue, kitorang ada presentation pada hari ke-3.

Kitorang bermula di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) selepas di FPTT. Hari first di FKM adalah hari sabtu sebab nak menggantikan hari cuti wesak hari tue. So, kitorang redho jer la. Tapi, memang bernasib baiklah aku nyer group aku hari tue, sebab kitorng belajar guna software CES EduPack. Software nie pasal study on material yang kiter leh wat apa jua produk. Orang yang mencipta sofware nie lulusan dari Harvard tue huhuhu. Gila la. Anyway, kitorang guna jer la as appreciation of his effort. Yang best nyer group ak habis tengahari so boleh la berehat di pohan asmara di atas tilam yang empuk. Hari ke-2, kitorang diberi tugasan untuk menyiapkan metal block yang dikehendaki mengikut lukisan yang diberikan. Kerje gilo potong besi macam harem ras nya. Tapi yang best nyer semangat kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan.


Nie la ahli group aku, dan yang yang paling gigih sekali yang muka macam jepun tue hah. Sori yer gambar aku dalam nie takde la. Aku lupe nk amek gambar aku sendiri. Then hari-3, kitorang ada experiment on measurement of screw. Giler la, cube korang bayang kan, screw tue ada 2 bahagian kan kepala ngan alur nyer, kitorang kene amek yang kepala 3 bacaan dan 3 bacaan bahagian alur mengguna kan 3 equipment yang berbeza; pembaris, vernier caliper, ngan micrometer so cube korang kire (3+3) x 3 = 18 kan. so kitorang kene amek dari 50 screw yang berbeza tapi dimension yang sama 18 x 50 = 900 kali. Kan keje giler nama nyer tue. dah la macam tue. dapat lecturer macam *%$$$&*# pulak tue. TET. Tapi ok la kan at least benda nie mengajar kiter kesabaran dalam belajar. Huhuhu.

Last but not least, kitorang berada di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kat sini ada 2 bahagian jer. Kitorang belajar pasal Fabrication ngan Basic Drawing & CAD. Masa fabrication, awal2 tue rasa macam *&^^%$@! giler sebab technician diorang garang, tapi biler kitorang mula buat modul rasa seronok pulak sebab technician yang garang tadi jadi ok, lecturer yang jadi instructor kitorang pown baik. Nie la hasil dari module fabrication kitorang tue.


Ok la kan?. Pada hari ke-2, kitorang nyer group mula petang sebab satu slot 1 hari setengah. Seronok rasanya pakai AutoCAD sebab kiter dah ada basic masa belajar kat sekolah teknik dulukan. Boleh dikatakan familiar la buat lukisan based on the given dimension. So, aku abehkan slot nie dalam setengah hari jer huhuhu. Aku rasa cukup la setakat nie, lagi pown entri nie dah pendek sangat panjang sangat. Modul untuk FKE pulak nnt aku cube ceritakan ok. Kang korang tak larat nk baca yang aku tulis nie. Bye2.