Pages

Wednesday, June 29, 2011

Komunikasi Berkesan: Cubalah Jadi Pendengar Yang Baik!...


Tidak dinafikan semua orang mahu bercakap. Bercakap tentang diri diorang, sekeliling diorang, sembang2 kosong, pasal bola la, pasal gosip terbaru lah dan macam2 lagi lah yang diorang nak cakap. Semua benda tue dapat dilakukan dengan jayanya. Tapi tak semua orang berjaya menjadi pendengar yang baik. Yer la pendengar yang baik. Korang tau tak menjadi pendengar yang baik adalah salah satu skill yang (bak kata korang) terpaling penting skali dalam komunikasi berkesan.

Aku bercakap tentang nie sebab semua orang nak cakap. Bercakap ya
ng kadang korang sampai dah muak dah dengar sampai berlaku pergaduhan. Cubelah korang tengok zaman sekarang nie. kenapa makin ramai orang yang bercerai, kenapa orang sekarang makin banyak musuh? Sebab diorang failed jadi seorang pendengar yang baik. Kepada yang sudah berpasangan, cube korang dengar cerita, masalah daripada pasangan anda daripada mencela, memang tidak dinafikan sometimes susah. Untuk mengatasi nya, korang kene la belajar seni menjadi pendengar yang baik daripada orang lain.
Skill pertama yang korang mesti ada ialah memberi perhatian yang secukup nyer.Kalau boleh masa seseorang tue tengah bercakap, cube elakkan anda bermain dengan fikiran korang. Perbuatan korang tue akan menyebabkan korang kurang mendengarkan aper yang orang tue cakap. Cube fokus terhadap aper yang cube disampaikan oleh orang tue. Tak ramai orang yang berjaya terhadap skill pertama nie. Kalau tak percaya cube korang jeling2
sket masa kat sekeliling korang masa ada sesi lecture. Mesti ada yang terlentok la, sembang2 ngan member sebelah lah yang kadang2 orang yang memberi sesi tue sampai bosan nak sampaikan aper yang perlu dier sampaikan. So, nak tak korang mesti cube lakukan skill pertama nie.

Skill kedua yang wajib korang ada ialah tataplah mata kepada orang yang menyampaikan. Pernah tak korang rasa orang yang elak "eye-contact" dengan korang masa korang bercakap. Aper yang korang rasa? Mesti korang rasa sesedap siakap 3 rasa sakit hati kan? Lagi2 kalau korang nak meyampaikan sesuatu yang sangat penting. So, solution nyer kalau boleh masa orang bercakap tue tataplah mata diorang tue. Bukan nyer dier mengharapkan selautan emas pun kat korang kan?... Lagi2 kalau orang tue bermasalah, kalau korang wat "eye-contact" ngan orang tue mesti dier rasa selasa dan membuka hati untuk memberitahu aper masalah diorang sebenar nyer.

Skill ketiga yang mesti korang ada ialah jangan mencelah masa orang tue bercakap.Perbuatan mencelah nie korang kene hentikan lagi2 la kalau korang tengah ada konflik. Perbuatan mencelah korang akan lagi mengerohkan keadaan yang sedia ada, sebab aper? Sebab mesti korang rasa yang diri korang nie tak bersalah, tapi hakikat nyer untuk mengelakkan peperangan yang lebih besar, cube korang jadi orang yang hormat aper orang tue cuba sampaikan. Baru la korang mula analisis aper yang dier cakap, then kumpul semua point yang korang patut sampaikan baru la korang sampaikan kepada insan itu. Tapi jangan la pangkah dier kaw2 macam kopi kapal api sampai naik balik darah dier dan buat konflik tue meletop macam bom atom yang Hiroshima ngan Nagasaki kene. So, main point aku kat sini korang kene la respect orang tue seada nya semasa diorg tengah sampaikan aper yang diorg pendam ok?...

Skill keempat yang korang kene ada ialah cube perhatikan body language dan dengarkan intonasi percakapan nyer. Bagi yang dah berpasangan, selalu nyer mereka ini akan cube meyembunyikan emosi nyer. Untuk itu cube perhatikan intonasi nyer ketika mereka sedang berbicara dan bahasa tubuh nyer. Dengan perbuatan ini, korang boleh dapatkan point2 yang sepatut nyer dan boleh tau aper yang mengganggu pikiran diorang. Then, korang mesti akan faham situasi dan tau bagaimana cara menghadapi nyer. Dalam menghadapi nyer korang kene lah ada pikiran dan hati, jangan la bertindak mengikut emosi sahaja ok?...

Skill kelima yang korang kene ada ialah cube terima kesalahan. Dengan mengakui dan menerima kesalahan korang akan dapat memecahkan masalah dan permudahkan nyer kepada satu jalan. Perbuatan nie akan memberi effect yang baik, baik untuk korang dan insan tue. For instance, korang boleh mengatakan kepada insan tue bahawa korang dengar dan memahami yang disampaikan lantas perkara nie akan membuatkan insan tue rasa tenteram untuk hati nyer dan membuatkan nyer berasa lebih baik walaupun kenyataan nyer korang belum jumpa jalan penyelesaian nyer atas masalah yang dihadapi nyer. Yang pasti, secara tidak langsung diorang akan menumpahkan perasaan diorang kepada korang yang boleh melegakan nyer.

And last but not least, skill yang korang kene ada ialah mengurangkan perasaan korang yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Jika diorang dalam keadaan yang emosi dan marah, paling tidak pun perbuatan korang nie dapat melegakan dan mampu mengangkat beban dibahu nyer. Tapi kalau keadaan tidak mengizinkan, kalau boleh jangan la paksi diorang untuk bercerita sebab dengan paksaan tak pasal2 kang korang yang 'mendapat'.

Memang aku tak nafikan, untuk jadi pendengar yang baik adalah sangat susah. Nak develop sikaf Pendengar yang Baik memang memerlukan kesabaran yang tinggi selain dari perasaan dan seni. Jangan tak tau menjadi pendengar yang baik pown satu seni. Ianya perlu dalam menjaga keharmonian sejagat dan the most important thing is do not give up tau u guys. Ok lah sampai sini jer lah aku membebel kang korang tak lalu nak membaca pulakkan? Ok bye....

No comments:

Post a Comment