Pages

Monday, June 20, 2011

Apakah signifikan nyer hipokrasi dalam zaman sekarang...


Hai kawan2 semua. Harap korang sihat2 belaka. Menarik kan aku punyer tajuk kali nie. Ala nie pown sebab aku terfikir nk wat topic nie. Huhuhu. Ok lah aku start lah discussion pasal topic nie.

Hipokrasi. Hipokrasi yang didefinisikan dari wikipedia ialah keadaan yang berpura-pura mempunyai kepercayaan, pendapat, nilai, perasaan, sifat dan standard yang sesuatu atau seseorang yang sebenarnya tidak ada. Hipokrasi melibatkan penipuan orang lain, dalam erti kata lain sejenis dusta. Korang faham tak aper yang aku tulis kat atas?.... Kalau tak faham baca kali ke-2 ok?.

Ok lah bagi aku hipokrasi nie adalah dimana aper jua kiter punyer tingkah laku atau perasaan yang kiter sendiri wujudkan untuk berpura-pura dalam sesuatu keadaan yang perlu. Cube la korang fikirkan sendiri la. Pernah tak korang benci orang tue kerana perangai dan sifat nyer macam harem bagus jer dan orang tue selalu fikir dier lah orang yang dier lah orang yang terbaik tapi hakikat nyer dier adalah oarnag yang paling orang sekeliling benci, tapi dalam menjaga hubungan sesama islam atau hubungan kawan korang berbaik-baik jugak dengan orang tue tapi dalam hati ada sifat benci. Ada kan?. Ala mesti ada punyer. Nie la satu keadaan dimana wujud nyer perasaan hipokrit tue. Tapi keadaan yang aku berikan adalah satu keadaan yang di sebut sebagai 'Taqiyyah'.

Korang mesti tertanya-tanya aper la 'Taqiyyah' nie kan?. 'Taqiyyah' bermaksud perlindungan dengan maksud bahawa seseorang itu melindungi keselamatan dan kehormatan diri dan hartanya daripada bahaya musuh dengan meyembunyikan sesuatu dan melahirkan apa yang berlain dengan hakikat yang tersembunyi dalam hati. Dengan erti kata lain 'Taqiyyah' ialah tindakan berpura-pura atau hipokrit dalam keadaan terpaksa (WikiPedia). Panjang nyer la kan?.

Kekadang perbuatan nie kita lakukan secara tidak sedar. For instance, bila seseorang tue kan depan korang puji dier la, ampu dier la, macam2 la tapi biler kat belakang hilang jer orang tue dari pandangan korang, korang kutuk2 dier kan? Ala korang mesti ada experience nie. Sape yang takde? Angkat la tangan korang tinggi2 bagi korang punyer ketiak yang masham tue boleh dihidu oleh semua orang. Even sometimes, korang mesti lagi bagus kan daripada mangsa umpatan korang tue. Hahahaha.

Cube korang berfikir jauh sket la, hidup nie ibarat roda yang berputar, kekadang dibawah, kekadang diatas cuma masa dan ketika nyer Tuhan saja yang tau, sebab qada' dan qadar korang kan dah ditulis. Nasihat aku kat korang2 yang macam nie. Fikir dulu sebelum bercakap dan jangan bertindak dengan emosi sahaja. Kepada mangsa yang selalu diumpat, benda yang sebaik-baik nyer adalah korang diam jer sebab biler korang mula bercakap lagi galak la korang kene umpat. Ok?..

Jauh jugak aku meyimpang kesitu, salah kupas pulak yer. Bukan aper kadang2 aku benci orang yang perangai seperti di atas. Kalau niat korang baik, hanya untuk megekalkan persaudaraan takpe. Nie sampai pangkah2 orang nie aper citerkan? Ok lah. Aku malas citer lebih, kang keluar lagu cinta kristal pulak.

Back to the point, perasaan atau perbuatan hipokrit biler diamalkan korang pun tak rasa. Kiter rasa marah yang membuak-buak biler kiter dipanggil hipokrit. Tapi cube korang renungkan jauh2 dulu. Cermin diri sendiri tue. Fikir masak2 kenapa orang panggil hipokrit. Tapi kadang2 orang yang panggil korang hipokrit tue tak sedar yang sebenar nyer dier pun under perasaan yang macam tue. Kalau tak nak jadi hipokrit, baik korang diam jer. Tapi kalau diam jer, cemana nak selesaikan masalah. Nak bincang ngan saper? Nak cakap ngan saper? Kalau simpan dalam hati jer bahaya, mungkin boleh membawa bunuh diri. Nak tak nak, kene luahkan jugak la kan?. Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan samada kerana usia atau pangkat. Anas r.a, pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'Diam', usah gusar dilabel sebagai 'Manusia Yang PenDiam'.

Tapi hipokrit nie jugak berguna kadang2. Kadang2 kiter terpaksa jadi hipokrit untuk jadikan diri kiter lebih baik dari yang sebelum nyer. Hipokrit juga kadang2 mengajar kiter erti hidup kat dunia yang semakin maju dek pembangunan yang semakin hebat dilakukan oleh manusia. Aku sangat kagum dengan orang yang boleh survive dengan orang yang boleh tahan dengan penangan yang buruk dari sekeliling. Sebab orang yang macam nie akan mebina suatu peribadi yang paling hebat iaitu tabah. Manusia yang tabah la paling aku kagumi dalam hidup aku zaman sekarang. Dengan apa jua rintangan orang yang macam nielah yang boleh hidup dimana-mana dalam seantero dunia pun mahu survive.

Ok lah kot. Aku rasa topic yang aku bincang nie dah panjang sangat. Nanti la aku tambah lagi. Pesanan aku kat korang, kalau korang tak nak diri korang diumpat, jangan la kiter umpat orang lain dengan orang2 lain. Kalau tak nak kene kutuk, korang jangan la kutuk orang. Hidup ibarat roda n yang paling penting sekali aku suka kenyataan nie, "Bukan susah nak susah, Bukan senang nak senang". Kalau nk senang kene kene la banyak berusaha kan. Ok lah, see u'll next time. Assalamualaikum. Peace yaw! :-p

No comments:

Post a Comment