Pages

Sunday, June 12, 2011

Permulaan Semula...

Lamer sangat rasanya aku tak menulis blog nie. Yer la aku nie bukan pandai nak mencarut mengarut macam orang lain. Tapi aku cube gak nak mengarut jugak. Hehehe. See apa yang aku tengah mengarut nie hahaha...

"Permulaan Semula..." Tajuk macam gempak jer tapi entah aper2 yang aku tulis nie hahaha...
Permulaan semula nie adalah merujuk aku cube menulis blog balik yer, bukan aku baru lepas clash ker, patah hati ker, aper pown jua takde kene mengena dengan entri nie ok!....

Back to the point, sekarang nie aku dalam short sem, Latihan Industri la. Engineering Accreditation Council Malaysia, (EAC) la buat format baru untuk LI kitorang kat Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM. Buat pengetahuan korang, aku memang suke sebut nama U aku nie panjang2 lagi kat orang yang dah berumur 30 ke atas. Yer la kadang2 tue diorg bukan tau UTeM tue aper, kat maner la, ada kos aper la. Anyway, aku buat first choice nk datang sini masa isi UPU arie tue. Huhuhu.

Bercakap pasal LI, sekarang nie kitorg tengah LI bahagian 1, EAC bahagi kitorg nyer LI kepada 2 bahagian, Bahagian I ada sepuluh minggu. Yang Bahagian II 12 minggu. Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UTeM, Kitorang bermula di Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), kat sini kitorang belajar guna 2 software, MultiSim ngan Proteous. Multisim kitorang ada yang dah biasa guna la, tapi part guna software proteous the most exciting one 'cos for the first time we were using it. Memang seronok giler la. Belajar PCB Design, aku nie batak sket kalau ada cool software. Kalau sape dah minat, mesti la beronok-ronok la kan huhuhu. Hari ke-3 kitorang kat FKEKK tue cuma ada Demo jer la wat full PCB kat Copper board macam maner. Diorang cakap biar la at least kitorang dapat gambaran macam maner nak buat kalau masa zaman keje nnt kene wat.

Then, lepas FKEKK kitorang ke Fakulti Teknologi Maklumat dan Kominikasi (FTMK). Kat sini pown kitorang belajar guna software, Adobe DreamWeaver, mula2 excited aku belajar menatang nie tapi dapat lecturer yang sangat strict kan. Mesti la awok nie jadi resah. Hari pertama kat sini kitorang ada lecture pasal software nie n then kitorng di ajar secara basic on how to use this software sampai la evening session. Keesokkan hari nyer, kitorang di minta oleh En Najwan tue supaya pilih tajuk berkenaan dengan section Sport ngan Music. Group aku kene pilih tajuk dalam field Sport. Aku pown berdialog dengan seronoknyer bermonolong dengan diri sendiri, aku maner la suke wat sport2 nie. Bola sepak pown tak reti main macam maner la aku nk ulas pasal nie. Suddenly, aku terfikir ngan member2 aku la, Lia Asmira, ngan Loo Xiang Yi, mula2 aku cakap ngan diorng nak wat pasal snowboarding. Tiba2 idea meletup dari Xiang Yi cakap kalau kiter wat pasal 'Winter Sports'. So kitorg dah decide kiter wat pasal Iceskating, Skiing, Snowboarding n Bobsleigh. Korang nak tau cube2 la search kat tenet tue. Huhuhu. Then hari ke-3 kitorang diminta untuk wat presentation.

Selepas di FTMK, kitorang mula kan modul yang baru di Fakulti Pengurusan Teknologi & Teknousahawan (FPTT). Kat sini kitorg belajar pasal Project Management. Hari first for my group dimulakan dengan theory of Project Management oleh Pn. Juhaini Johar. Macam2 la kitorang diberi briefing. Then, second day the most favorite of the activity is kitorang belajar menggunakan Microsoft Project 2007. Kitorng diajar untuk buat milestone dalam pembuatan Project Management. Lepas tue, kitorang ada presentation pada hari ke-3.

Kitorang bermula di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) selepas di FPTT. Hari first di FKM adalah hari sabtu sebab nak menggantikan hari cuti wesak hari tue. So, kitorang redho jer la. Tapi, memang bernasib baiklah aku nyer group aku hari tue, sebab kitorng belajar guna software CES EduPack. Software nie pasal study on material yang kiter leh wat apa jua produk. Orang yang mencipta sofware nie lulusan dari Harvard tue huhuhu. Gila la. Anyway, kitorang guna jer la as appreciation of his effort. Yang best nyer group ak habis tengahari so boleh la berehat di pohan asmara di atas tilam yang empuk. Hari ke-2, kitorang diberi tugasan untuk menyiapkan metal block yang dikehendaki mengikut lukisan yang diberikan. Kerje gilo potong besi macam harem ras nya. Tapi yang best nyer semangat kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan.


Nie la ahli group aku, dan yang yang paling gigih sekali yang muka macam jepun tue hah. Sori yer gambar aku dalam nie takde la. Aku lupe nk amek gambar aku sendiri. Then hari-3, kitorang ada experiment on measurement of screw. Giler la, cube korang bayang kan, screw tue ada 2 bahagian kan kepala ngan alur nyer, kitorang kene amek yang kepala 3 bacaan dan 3 bacaan bahagian alur mengguna kan 3 equipment yang berbeza; pembaris, vernier caliper, ngan micrometer so cube korang kire (3+3) x 3 = 18 kan. so kitorang kene amek dari 50 screw yang berbeza tapi dimension yang sama 18 x 50 = 900 kali. Kan keje giler nama nyer tue. dah la macam tue. dapat lecturer macam *%$$$&*# pulak tue. TET. Tapi ok la kan at least benda nie mengajar kiter kesabaran dalam belajar. Huhuhu.

Last but not least, kitorang berada di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kat sini ada 2 bahagian jer. Kitorang belajar pasal Fabrication ngan Basic Drawing & CAD. Masa fabrication, awal2 tue rasa macam *&^^%$@! giler sebab technician diorang garang, tapi biler kitorang mula buat modul rasa seronok pulak sebab technician yang garang tadi jadi ok, lecturer yang jadi instructor kitorang pown baik. Nie la hasil dari module fabrication kitorang tue.


Ok la kan?. Pada hari ke-2, kitorang nyer group mula petang sebab satu slot 1 hari setengah. Seronok rasanya pakai AutoCAD sebab kiter dah ada basic masa belajar kat sekolah teknik dulukan. Boleh dikatakan familiar la buat lukisan based on the given dimension. So, aku abehkan slot nie dalam setengah hari jer huhuhu. Aku rasa cukup la setakat nie, lagi pown entri nie dah pendek sangat panjang sangat. Modul untuk FKE pulak nnt aku cube ceritakan ok. Kang korang tak larat nk baca yang aku tulis nie. Bye2.

No comments:

Post a Comment